sambungan entry hostel --> version satu..
dari sini juga la kitaorang jadi macam kakak dengan adik, bila dekat hostel bergurau senda sampai tak ingat.. habis nak tak nak kitaorang dah tak ada aktiviti lain yang nak dibuat selain daripada mengadap muka masing - masing.. ada jee benda yang kitaorang akan buat bila ada masa bersama.. yang paling wajib is "gossip", perempuan dan gossip memang tak dapat dipisahkan.. im i right girls ?? balik dari college mesti layan biji mata dulu baru lah ada tenaga nak gossip (gurau jee okeyh, nak rehat sebab penat memerah otak dalam class)..bila petang baru nampak muka masing masing (teruk teruk)..
petang masa paling busy untuk semua sebab time tu lah nak mandi, basuh baju, semua berebut..kadang kadang kitaorang ada juga gaduh pasal penyidai kain bukan berebut tempat tapi ada yang sidai baju basah campur dengan baju yang dah kering.. sapa tak hangin kan?? lama lama diamkan jela.. tapi benda paling sedih dan trauma bila nak sidai baju bagi kitaorang bila baju terbang bersama hanger ke kedai haiwan yang berdekatan atau jatuh pergi longkang dekat bawah..satu lagi bila hujan turun kitaorang still ada kelas, memang korang kena basuh balik lah baju tu kalau tak bau dia mak aiihh.. ni la nasib kitaorang yang duduk dekat tingkat atas, kalau jatuh dekat tingkat or bilik orang lain pula lain cerita dia kitaorang kena lah tebalkan muka ketuk pintu mintak masuk pergi dekat penyidai diorang..
kalau tak bernasib baik memang rezeki orang bawah buat harta peribadi untuk tatapan kita sekali, yang ni memang korang marah la kan, kalau baju atau tudung tu korang sayang dengan selamber nya digayakan oleh orang lain.. sedih.. ada juga la dua tiga helai baju suzi yang hilang entah kemana, ambik jela (dalam hati menyumpah.. hahaha).. aktiviti malam kitaorang pulak makan berjamaah sambil bergossip, masa ni la nak cuitcuit rasa makanan orang, kalau sedap esok boleh order.. kalau rasa sikit tu tak apa kadang kadang dapat rezeki terpijak habiskan terus ( erkk.. alhamdulillah nikmat), kadang kadang tu pelik juga makanan orang tu semuanya sedap belaka makanan sendiri pulak jadi tak sedap.. duduk dekat hostel juga la belajar "sharing is caring, caring is loving" gitu hahh.. kalau tak memang hidup dalam dunia sendiri la..
kitaorang ni ada bad habit, serius tahap teruk impak maksima katakan.. kitaorang memang suka mengadap lappy sampai lebam, lappy dengan life hostel kitaorang memang dah sebati tak kira lah dengar lagu or movie.. tapi suzi gila main game, mula mula tu tak la sangat bila tengok sis airen macam best je macam best je.. terus ketagih kau.. macam virus tau game ni semua terpengaruh.. tapi kalau dah bosan juga layan cerita hantu pasang speaker dengan kudap kudapan yang dikeluarkan dari almari masing masing sampai semua tak rela duduk depan except amal yang selalu mengalah.. kak syaz lagi la suka tolak orang kalau dia tak nak duduk depan.. kalau tak ada movie baru kitaorang ada aktiviti lain, jeng jeng kitaorang perasaan comel pulak (ni lah antara babak perasaan comel kitaorang yang lain dah hilang ditelan kedai komputer)
![]() |
ada rasa nak muntah ke ?? ada kitaorang kisah.. hahaha.. lappy muntah berdarah kalau hari hari nak kena save muka kitaorang ni.. |
lagi aktiviti tak boleh blah kitaorang main make up II, suzi jarang join lagi best main game.. dah rasa macam bilik kitaorang spa kecantikan.. (kalau diorang tanya cantik tak ?? angguk je).. yang suka jenguk jenguk bilik kitaorang kak airen (dia akan bawa moomoo nya datang membuli kitaorang siap menyanyi pulak tu ak tahan) ada jee kerja dia aduii, tak larat nak jaga sorang ni..seronok sebenarnya bila teringat balik, tapi bila kitaorang punya idea jahat datang (hahahaha.. gelak besar) curi moomoo dia then corokkan.. kesian sis cari la kalau jumpa, masing masing buat muka tak tahu.. lalala.. owh nak tahu moomoo tu apa ?? ianya sejenis patung lembu yang perutnya buncit seperti mummy nya.. hahaha.. sis jangan marah..
bila musim exam baru lah nampak kehidupan sedikit berbeza, yang ni paling best time ni la nak nampak pelbagai ragam orang nak study.. kikiki.. termasuk suzi sekali, masa ni masing masing berebut meja study untuk buat short note dengan gigih.. time ni jelaa nak nampak kitaorang seperti student yang cemerlang dan terbilang.. part buat note tu tak apa lagi.. bak bak menghafal note tu yang mencuit hati, ada yang dengar lagu kuat kuat sambil hafal, ada yang tidur dulu baru hafal, ada yang main game sambil hafal, ada yang termenung sambil hafal.. kak syaz cakap suzi hafal sambil putar II jari dekat syiling, yeke ?? entah lah memang tak perasan langsung yang penting score noks.. usik mengusik tetap dijalankan bagi menghilangkan stress yang dialami..
okeyh tunggu entry hostel version --> tiga la pulak yee.. muahhmuahh..
0 komen dari manusia comel:
Post a Comment