selamat pagi semua..
dua tiga hari lepas saja buat blogwalking sebab dah lama sangat tak kodek - kodek cerita orang (nampak tak busy body tu, hahaha.. buruk perangai kau ni suzi).. sampai la turn kodek blog ex senior suzi masa time dekat college.. sis airen (moomoo) .. tetiba rindu suasana masa time belajar dulu alahai,lagi lagi rindu dekat housemate hostel.. dilla (CNN), SYAZ (cass), AMAL, FIAH (rapeah buang) sapa yang tak disebut maaf la yee.. sebab ni jee yang tinggal last last sebab ramai sangat keluar masuk, dah lama sangat tak bersua muka bila habis jee belajar semua buat haluan sendiri.. masing masing dah ada kerjaya nak jumpa pun susah..
banyak sangat memori kitaorang almost 2 1/2 tahun stay dekat hostel (junior macam kitaorang la).. suzi tak pernah duduk hostel, nasib la kenal amal masa tu (atleast ada juga kawan) mula-mula masuk memang zero sampai nak susun baju dalam almari yang comel macam tu pun tak tahu nak buat macam mana.. last-last fiah yang tolong ajar macam mana nak susun, thanks peah (lebiu la).. mula-mula kitaorang berempat (amal,fiah,fatin,suzi) lepas fatin berhenti belajar tinggal kitaorang tinggal bertiga.. paling best mula-mula tu kitaorang bergaduh dengan senior bilik sebelah padahal satu rumah jee pun.. masing-masing tutup pintu bilik sebab tak nak nampak muka..
normal la gaduh gaduh tu, tapi teruk juga kitaorang kena pulau kerana duty roster.. bila dah ada duty roster kitaorang dah okeyh.. siap buat meeting lagi, kelakar pun ada..tapi tu je cara yang terbaik.. duduk hostel ni kena tolak ansur kalau tak macam tu la jadinya.. hostel kitaorang memang mementingkan kebersihan (la sangat), pagi-pagi cleaner ketuk pintu bilik nak check n bersihkan kecuali buang sampah, tu kitaorang kena buat sendiri.. kalau kotor dapat warning latter.. kalau tak silap warning latter yang ke 3 bersihkan satu hostel, bahagia kan?? ( dibawah adalah babak bersama auntie)
AUNTIE CLEANER : adik bukak pintu
KITAORANG : krik..krik.. (buat bodoh) semua layan biji mata..
AUNTIE CLEANER : cakap bahasa dia (@#$%^^&***&%%$#)
KITAORANG : lantak kau la janji kitaorang tidur..
AUNTIE CLEANER : bunyi bising (marah la tu kena buat kerja)
KITAORANG : tetap tak ada respond..
AUNTIE CLEANER : gedegang (auntie tutup pintu marah, dalam hati dia "korang tunggu yee"
KITAORANG : bye auntie
masing masing bangun what kena warning.. grrr.. tu lah buat bodoh lagi dekat auntie.. tapi kitaorang okeyh jee dengan auntie tu, nama pun tugas dia nak buat macam mana.. auntie ni pun dah macam jam lonceng kitaorang kejut bangun pergi kelas.. except hari cuti (itu hari hari kami), benda yang paling tak best sekali dekat hostel ni semua benda yang perlu ditukar perlu dibayar sendiri (such as: lampu,toilet rosak) bukan tu jee bil kalau lebih guna pun kena bayar.. cekik darah hazabedah betul, kalau setakat sikit sikit tu tak apa lagi ni memang mahal.. bayangkan kitaorang kena survive dengan duit belanja yang hada ni nak hidup dekat key yel..
hostel kitaorang juga tak provide dapur, so pandai pandai la nak makan.. yang dibenarkan cuma heater air jee, tu jee peneman dikala poket menipis dengan maggie yang menusuk kalbu.. kitaorang biasanya tapau dari cafe or out side kalau malas nak keluar tahap gaban, tapi kitaorang ni memang degil pernah sekali kitaorang masak nasi dengan sardin dalam bilik, rice cooker sumbangan dari amal..nikmat dunia kau (masa masak tu dah macam penyamun dah suzi rasa, pastikan line clear) baru rasa nak berjimat, auntie buat spot check bawah katil macam syak something jee, padahal dah balut baik punya.. kitaorang panik gila masa tu, amal terus call parents dia suruh bawak balik rice cooker tu.. selamat..
okeyh lah version satu tamat disini sekian melaporkan..(cewahh) ni baru sikit nanti kita sambung lagi yee.. hahaha..
hope one day kita dapat meet each other.. macam ni macam ni..
![]() |
0 komen dari manusia comel:
Post a Comment