Assalammualaikum & have a good day everyone
Rasanya dah lama sangat hakak tak update blog ni, bukan berulat jee tikus pun dah menggemuk (nampak tak? tragis nya tu..) just kidding.. hakak is busy attend wedding kawan baik also krusus kawin and also working king king.. so kita cerita pasal wedding dulu la yee, memandangkan belum lupa lagi apa yang dicerita kan.. maklumlah memori hakak is terhad semenjak kebelakangan ni (sadis)..
wedding date hasri (a.k.a uncle) & haslinah (eyna) on 06 February 2016 di Johor, memandangkan jauh juga perjalanan ni, lama juga la kitaorang plan perjalanan kitaorang ke johor sebelum bulan february lagi.. macam biasa la plan beramai - ramai tapi mesti ada yang tak dapat commit sebab masing-masing ada commitment sendiri.. kitaorang plan pergi 3 kereta tapi jadi 2 kereta jee.. dan akhirnya hanya 9 orang sahaja yang dapat menunaikan hajat perantin yang ingin melihat sahabat yang datang meraikan hari bahagia nya.. kitaorang dibahagikan kepada dua home stay sebab fiah and afdhil bawak family then kami juga bergerak waktu yang berbeza.. akibatnya home stay tu menjadi padang jarak padang terkukur, kerana homestay itu begitu besar sekali..
(04 February2016)
kita tolak tepi pasal homestay dulu, kita cerita pasal perjalanan.. sepatutnya that day plan nak drive disebabkan tak ramai dan demi menjimatkan masa dan kos, kitaorang terpaksa kurangkan jumlah kenderaan.. plan asal nak bergerak pukul 9 tapi kali ni hakak yang melambatkan perjalanan, maafkan saya sebab merubah corak perjalanan malam tu.. then kitaorang berkumpul dekat starbuck tol sungai besi, jumpa terus pecut tak hengat.. ada rasa bersyukur juga la malam tu tak drive, kalau tak kompem tercicir nun hujung dunia rasanya (nampak tak kura-kuranya disitu) rasanya malam tu kitaorang berhenti dalam 3 kali je, paling lama dekat hentian pagoh.. masing-masing nak mencekik dan menternak lemak, lepas tu diorang bantai shoot tak hengat.. ingat bila tak bawak kereta dapat rest, makin segor biji mata adalah.. sebab seram nau diorang bawak kereta, kitaorang sampai dalam pukul 2.30 pagi.. ada la sesat juga nak ke tanah perkuburan, choyy boleh pulak hantar kitaorang pergi situ..
(05 February2016)
memandangkan perantin akan bernikah awal pagi tu, sesampai je homestay tu terasa la macam orang kaya.. sebab homestay itu tersangat amatlah luas dan selesa, tanpa membuang masa kitaorang pun angkat barang dan pilih bilik dan rehat.. apabila kita bertemu dengan tidur memang semua susah nak berganjak, nasib hakak bangun awal pagi tu.. kengkonon nak mandi awal, akhirnya hambar toilet dikunci dari bilik sebelah (bilik kami share toilet) terpaksa la hakak menganggu tidur orang lain, no option dari semua terus terlajak.. kitaorang dekat surau dalam pukul 9, agak terkebil-kebil menahan mata.. tahniah uncle & eyna sah bergelar suami isteri, setelah selesai majlis akad nikah.. para tetamu dihidangkan majlis menjamu selera, memang marvelous habis nasi ayam tu, sempat la bersembang dengan perantin baru sambil mencekik..
selesai sesi beramah mesra kitaorang mintak mengundurkan diri, sebab hari jumaat kan? jejaka nak menunaikan solat jumaat.. petang tu kitaorang decide nak makan murtabak cheese yang menjadi kegilaan ramai bila datang ke negeri johor.. rasa sekali pasti nak lagi, rasa dia memang penuh dengan lemak cheese memang sedap.. selepas menternak lemak kitaorang decide pergi JPO (Johor Premium Outlet), i hanya window shopping sahaja sebab tak ada benda yang menarik perhatian.. JPO ni harga dia sama juga kut dengan semua tempat, collection pun tak baru sangat, tu apa yang hakak rasa lah.. tapi tak tahu lah bagi orang lain, setelah berjam jam menghabiskan masa disitu..
bertolak balik homestay nak luruskan dan rehatkan badan sebab malam tu nak pergi tengok perantin, tapi ada perubahan plan.. diorang decide nak pergi bazaar karat, rasa serba salah menyelebungi diri ini.. maafkan saya perantin sebab saya hanya menumpang, dan saya tak nak menyusahkan sesiapa pun.. so lepas singgah menternak lemak berdekatan dengan homestay kitaorang terus ke bazaar karat, penat oii nak berjalan dengan berkicap nya lagi.. tapi environment dia yang terbuka tu dapat la juga bernafas..again hakak tak beli apa-apa, sebab my kaki is sakit dan letih.. owhh ya otw nak ke bazaar karat ni, memang view dia cantik sangat.. meriahnya suasana johor di malam hari, serious kalau anak-anak kecil tengok mesti diorang akan tersenyum gembira..
then akibat kepenatan malam tu semua orang membuta dengan jayanya, that all for that night.. sleep well everyone..
(06 February2016)
hari yang ditunggu mana mana pengantin iaitu majlis resepsi mereka.. pagi tu semua orang just rehat dekat homestay sebelum pergi ke rumah perantin, then kitaorang pun bersiap.. sesampai rumah perantin jumpa family untuk salam salam, then menternak lelemak dengan jayanya.. masa tengah menjamu selera pengantin datang dengan rombongan motor besar (terkejut makk), yang paling best adat orang johor ni bila pengantin lelaki kena bayar tol.. first time la tengok, seronok la orang yang dapat duit tol, yang pengantin berkicap.. kiki.. selepas menjamu selera, sesi photog la pulek, mana boleh lupa benda paling penting dalam wedding (keji perangai kau).. lepas bergambar kami pun pulang dan pergi ke eon berdekatan nak membeli barang dapur, sebab nak makan bersama sama malam nanti..
perantin lelaki yang berkicap akibat terkena tol (haha) |
kali ni hakak tershopping barang make up dan sehelai seluar (pancingan mengena), lama nak cari parking dekat eon ni, boleh longgar lutut kalau i yang bawak kerata ualls.. then akak melantak takoyaki dengan rakusnya sementara tunggu yang lain membeli belah.. bila diorang siap je kitaorang bergerak balik homestay nak rehat sementara nak menunggu waktu masak.. then petang tu yang wanita masak secara berjamaah, menu malam ni sayur masak lemak, ayam goreng & telur masin dari rumah perantin.. kitaorang menjamu selera sambil menonton running man, malam tu tidur awal yang tinggal lelaki berhuhuhaha secara berjamaah juga..
groceries.. macam sekeluarga yang berbelanja |
penyakit orange.. tu yang sempat hakak grab |
apabila semua wanita bersiap untuk memasak |
(07 February2016)
its our last day here.. so memasing mengemas dengan jayanya, pagi tu sempat la breakfast beramai ramai sebelum bergerak balik.. menu pagi tu nasi goreng berapi, telur dadar & nugget goreng, setelah mencekik dan mengemas dapur semua orang bersiap sedia nak check out.. sebelum balik menjalankan tugas harian sempat singgah rumah perantin, ucapkan tahniah dan mintak maaf mana yang terkurang tu.. then terus bergerak pulang kerumah..
ohh ya sesiapa yang nak homestay best seperti diatas boleh la contact owner rumah ni, sangat peramah dan baik hati.. rumah serious tak menyesal (tiptop beb), bilik ada tiga ruang makan ada dua.. memang selesa..
-sekian tamat-
p/s : semoga kita lebihkan aktiviti bersama jangan sampai kita terlupa salah seorang diantara kita, cuba cari ruang dan masa even walau hanya untuk beberapa minit.. bukan mencari seribu alasan untuk mengelak daripada persahabatan yang terbina..
0 komen dari manusia comel:
Post a Comment