salam akhir tahun semua...
long time no see dengan blog ni, dah nak berulat dah (kalau makanan lah).. hope everything going well.. so, bagi memulakan cerita hakak ni ? ni nak tanya apa pencapaian korang sepanjang tahun 2015 (jawab dalam hati memasing yee, sebab tak dengaq apa korang tengah cakap tu hehe..) ke semua orang tengah sakan shopping memandangkan year end sale KAW KAW sekarang ni, dah grab apa yang korang idamkan ?? good luck.. bagi aku pulak nothing special cuma banyak learn about life as a orang dewasa (gitu)..
so sempena new year yang bakal menjelma tiba ni, mari kita rewind balik peristiwa sepanjang tahun 2015 ni.. kita mulakan dari side yang tak best dulu kut, sebab takut nanti ada yang murung sepanjang hari baca entry ni (mesti korang cakap dalam hati borring.. hahaha..keji nya perangai).. so lets continue, orang tua-tua dulu kata 'orang lama lebih makan garam dari orang muda' yee tahu memang mereka semamang nya patut kita hormati dan kita sepatutnya menjaga adab bila berhadapan dengan mereka.. tapi mereka juga ada salahnya, mungkin aku banyak buat salah dalam perhitungan tapi bak kata faizal tahir 'garam dulu bukan macam garam sekarang'..
so, boleh paham tak.. bukan niat nak berkasar tingkah laku mahupun bahasa, aku pun ada maruah juga.. benda simple yang engkau perbesarkan tu telah menusuk jantung hati aku, sedangkan engkau tak tahu hujung pangkal cerita.. engkau yang menghantar private message yang berbaur benci yang terpendam lama, sebaliknya aku tak membuat apa-apa serangan balas hanya diamkan diri.. lagi pun suara aku ni kecil nak dibandingkan dengan harta dan pangkat yang kau ada..anyway aku akan kenang kata-kata kau sampai bila-bila, sebab manusia punya lidah lebih tajam daripada pisau..
okeyh abaikan saat emosional tadi, seterusnya tahun 2015 sangat menduga emosi aku serta keluarga.. bila mama kurang sihat dan di kejarkan hospital, saat tu hanya tuhan jee tahu betapa panik nya aku handle situasi panik.. bila tengok mama dalam keadaan macam tu hati aku remuk.. now keadaan mama dah stabil cuma tak seperti yang dulu.. mama yang kuat, yang selalu memberi galakan kepada kami untuk survive no matter jalan yang kitaorang pilih.. sekarang mama banyak diam, kalau dia sakit pun tak nak bagi tahu sebab tak nak kitaorang runsing kut..mungkin sekarang mama perlukan itu pulak dari kami.. (tears.. murung lagi) doakan mama aku untuk kuat dan survive apa yang dia rasa.. Insyaallah amin.. untuk abah juga yee..
even dalam aku bersedih or emosi ni banyak juga benda yang sentiasa buat aku gelak dan senyum.. terima kasih untuk semua insan-insan yang berjaya buat aku gelak sampai nak pecah tekak also perut sebab officemate aku semuanya senget dan happening.. dalam sibuk bekerja sempat juga la bergosip pasal orang-orang yang tak kena ni such as boss kesayangan korang (cc : officemate aku) a.k.a ahh tann yang akan menambah dosa kita, nasib tak menambah pahala dia.. even baru jee berkenalan kita dah closed hope continue la hendak nya.. kalau kawin jangan lupa nak jemput aku ni weyh.. banyak yang dah tinggalkan kita (sob..sob.. nangis tu la sapa suruh dapat yang kuda kut) tak kan cerita jee ni nak bagi tunjuk sekeping dua gambaq yang mana kenan pm tepi siap-siap.. kiki.. sedih pulak tak lama lagi kita akan berpisah.. again and again..
khas untuk tyra yang kini melanjutkan pelajaran.. nah trade mark kita weyh.. rindu..rindu.. rindu tyra kak suzie lupa nak upload gambar tyra.. kena cakap rindu baru upload.. |
tahun ni juga ramai kawan-kawan time college yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang semua tak kurang juga untuk peah sebab dah lahirkan baby yang sangat dedebot.. seronok berkenalan dengan korang semua even dah lama kenal korang tak lupa juga dekat aku ni.. hope akan berpanjangan sehingga pejam mata.. selalu la buat percutian biar aku boleh rileks dan tidur.. hahaha (motif sangat).. ni lagi satu jangan suka cicir aku dekat atas jalan raya aku bukan racer.. tak kesian dekat aku ke woii.. aku mana la tahu jalan kl korang boleh la.. huaaa (murung 5 hari), tapi selalu nya wan lah mangsa aku tunjuk arah dan jalan.. thanks wan dan ida.. sapa yang tak ada dalam gambar di bawah jangan murung nanti jumpa kita pekena selfie wefie (betul ke aku eja natang tu)
abaikan aku yang suka tidur dalma gambar |
tak lupa juga dekat orang yang selalu bagi aku kata semangat dan selalu ikutkan emosi aku ni (emosi tak stabil).. iaitu pak cik a.k.a (MH).. thanks sebab awak selalu ada untuk saya with love.. (geli aku baca balik)
buat farra my darling sorry kalau aku selalu marah kau bila salah tunjuk arah.. tapi aku tak maksudkan nya ok.. kalau ada masalah jangan pendam.. cerita jee ok..aku ada untuk kau nyett.. (jangan marah yee)
last kata semoga 2015 memberi kita semua seribu erti kata kehidupan dan akan dijadikan pedoman untuk kita menjadi insan yang lebih baik di tahun 2016.. byee 2015 u will be in my memory ... love suzie..
0 komen dari manusia comel:
Post a Comment