-->

IT’S OUR JOURNEY OF LIFE

Wednesday, 8 January 2014

peristiwa "Kak Limah"




Selamat pagi semua, mulakan hari kita dengan kata kata yang baik..

mengharapkan pagi ini memberi kekuatan untuk terus hadapi hari yang panjang ni.. pagi tadi bukak fb ada lah roomate hostel update pasal blog dia.. (dia adalah cepah baca dengan degung sekali yee..) thanks pagi pagi dah cerita seram dan syahdu yee..seronok rasanya (membuatkan bulu roma aku tegak dengan serta merta ,seruniknya <-- ayat kau kan ??) memang betul la peristiwa yang kalau boleh langsung tak nak ingat masa stay hostel dulu mesti lah kes  "kak limah".. sebenarnya suzi tak pernah pun alami peristiwa macam ni semenjak duduk dekat hostel la baru tahu macam mana perasaan tu.. (nebes kau)


perkara yang sampai sekarang tak pernah suzi lupakan "histeria"  yang paling teruk.. masa tu lah first time tahu pasal kewujudan kak limah dan kawan kawan.. kalau tak silap masa tu duduk dekat pent house, masa tu ada aktiviti orentasi.. kitaorang tak joint sebab ada mid term, tengah tengah study dengar suara orang menjerit dengan nyaring.. lepas tu keadaan kembali normal, kitaorang pun buat je laa tak tahu.. esok harinya, semua wajib turun ke cark park untuk bacaan yassin (masih tak tahu perkara sebenar) habis bacaan doa kitaorang kena berkumpul dan dimaklumkan pasal perkara sebenar.. masa keadaan dah macam kelangkabut, semua orang bersurai untuk naik ke bilik, tukar pakaian untuk sambung aktiviti orentasi.. 


masa dekat tangga ada satu budak ni memang pelik mata dia merah  dah macam cacing kepanasan, tiba tiba abang senior jerit suruh dia berhenti tapi dia lari sebelah kitaorang.. masa tu suzi terpinga pinga tapi peah dengan berbekalkan ilmu hostel yang dia ada.. dia tangkap budak tu (terbaik kau peah tak sia-sia kau jadi penghulu wati tapi masa peah jadi ghost buster belum lagi la jadi penghulu wati).. peah pesan suruh naik dulu, so dalam ketakutan kitaorang pun cabut.. masa dalam bilik ingat dah rasa selamat, sekali tengok si fatin ni tukar baju kurung warna hitam.. dia ulang alik dalam bilik, masa tu peah pun baru jee balik.. peah dengan amal yang memahami situasi terus suruh suzi duduk dengan amal..


fiah pujuk fatin duduk dengan dia, tapi serius fatin lain sangat masa tu.. memang la duduk dengan fiah tapi mata dia mak aihh tajam merenung mata suzi.. amal terus ajak suzi borak, nak redakan suasana , boleh pulak si fatin bangun nak keluar dari bilik.. masa tu fiah terus halang kalau tak terjun gak budak tu.. agak berzaman juga la tunggu senior datang jemput kitaorang, sebenarnya suzi memang dah rasa tak selesa masa tu.. senior bawa kitaorang turun dekat cark park, masa bacaan yassin kali kedua dijalankan ramai yang tumbang dan menjerit.. ustaz dari luar pun dijemput, masa tu kitaorang dipindahkan ke cafe untuk menteteramkan keadaan.. fatin memang suka merenung tajam mata suzi dengan senyuman sinis lagi, suzi terus bagi tahu amal, kebetulan amal pun nampak dia terus tarik muka suzi..


rasa masa tu terus terlelap sedar sedar ramai yang dah balik bilik.. amal peah suruh rest balik bilik..suzi tak dapat pun tengok ustaz berlawan (bersilat) dengan senior yang terkena  tu sebab layan biji mata, dengan mengantuknya dan bertemankan senior terus masuk bilik dan tidur.. ustaz pun dah pagar dah kawasan hostel lepas tu keadaan kembali normal.. tu kes besar laa.. perkara kecil macam kena  love bite, lintas langsung, barang jatuh, bunyi tarik kerusi, ketuk dinding dah jadi lali.. Alhamdulillah suzi tak pernah nampak lagi.. kalau nampak mahu nya tak pengsan.. selalu dia nak kawan dengan cepah jee, sebab cepah degil tak nak tidur tidur..


hahaha (gelak kejam), kalau suzi dengar pelik pelik terus ambil bantal tutup muka sambil baca ayat ayat suci sampai lelap.. okeyh dah la kes seram sejuk ni.. anyway nak wish Happy New Year walaupun dah agak berlapuk.. semoga tahun 2014 membuka lembaran baru yang lebih baik untuk kita semua..







Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 20:21
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 komen dari manusia comel:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
April Liyana stories
nama yang diberikan "suziliyana bt miswan".. most prefer korang panggil suzi.. i loves my friends.. suka berjimba II bersama mereka.. comment yang memberi inspirasi akan dilayan.. sekian terima kasih ..
View my complete profile

Facebook Badge

Suziliyana Suzy

Create Your Badge

check list -->

jd power puff gurl
kereta
barang idaman
bercutiII
business
[close]

Followers

nono



Thank You Clip Art
Copyright© All Rights Reserved aprilliyanastories.blogspot.com