selamat pagi semua..
bangun bangun jangan malas.. so hari sabtu dan ahad hari berjimba.. suzi bukan berjimba tapi menimba je dekat rumah.. hahaha.. what to do ?? budak gemuk saya sakit dia duduk dekat hospital (budak gemuk --> momo nama yang diberikan untuk kereta myvi suzi yang comel) kau sorang je cakap macam tu suzi oii.. rindu momo almost 1 week tak membelek dia..
nak dijadikan cerita jumaat lepas 04/10/2013 suzi accident masa nak pergi kerja.. ouchh.. benda ni merupakan pengalaman pertama untuk suzi.. serius jantung nak gugur masa tengok budak gemuk kesian dia.. kita berhati - hati tapi orang lain berhati - hati ke?? dah la suzi dekat tengah - tengah.. mamat kereta belakang ni berangan ke apa, dalam hati berkata.. kalau ikutkan hati rasa nak bagi je kaki dekat muka dia.. geram sangat !! masa cakap dengan dia, dia buat gelabah call family dia..
malas nak panjangkan cerita dan sebab jalan dah makin jem,so we decide kumpul dekat petronas.. kalau kita accident orang selalu tolong.. jangan risau diorang suka tolong tolong tengok (perli dekat situ) kebetulan colleague lalu jalan yang sama so akak ni la temankan suzi until abang ipar & abah sampai.. thanks kak wan ^^ .. masa tu dalam kepala blank gila tak dapat nak pikir dah, sedih tengok momo cedera.. abah sampai je terus pergi shah alam seksyen 9 buat report polis.. sesampai balai polis fill up form then ke kaunter, rupa rupanya kereta depan dah buat report dulu.. okeyh fine, tapi suzi tak puas hati dengan kereta depan tu..
kitaorang berhenti kau pergi mana mangkuk !! lain kali berhenti la sekali senang nak discuss, ni kau ingat aku yang suka suka nak langgar kau.. sedangkan kereta belakang langgar aku sampai kereta aku bergerak ke depan langgar kereta kau!! (nampak tak luahan perasaan suzi di situ).. sarjan tu boleh buat lawak dekat suzi " adik jangan sedih sedih nanti saya sedih, kawan saya sedih " suzi terus gelak (dalam hati nampak sangat ke muka aku sedih, mana tak sedih aku nak pergi kerja patah kaki la lepas ni, malu habaq hang) then sarjan tu nak tengok kereta, that all..
lepas buat report ingatkan nak balik rumah berehat dekat luar dah kena tarik dengan orang yang tolong kita buat claim.. melonggok - longgok siap nak bergaduh lagi.. sakit otak masa tu.. then suzi suruh abah yang decide, so dah decide hantar momo pergi produa service centre and sattle apa yang perlu.. tu last jumpa momo.. huaa... sesampai dekat rumah terus mandi, ingatkan nak lelapkan mata.. baru je letakkan kepala dekat bantal terjaga seab masih terasa ada orang langgar dari belakang.. trauma ke apa tu ?? hope tak terjadi pada kamu semua.. sabtu MC pulak wahh baru tahu even tak cedera tapi sakit badan woii terhentak.. serius sakit.. mula - mula macam tak boleh terima tapi kalau itu dah tertulis takdir untuk suzi so redha dan berserah mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ni.. amin..
p/s : next time bila kita memandu tolong la care pada orang lain.. jangan ingat diri kita je pengguna jalan raya.. kalau ada nyawa yang hilang sapa yang susah ?? jawab sendiri.. ok bye..
0 komen dari manusia comel:
Post a Comment