-->

IT’S OUR JOURNEY OF LIFE

Thursday, 12 September 2013

Rindu kawan lama


hai korang.. petang yang mengantuk..
 mungkin dah terlambat sangat nak cerita pasal hari liburan kami.. haha ayat.. kita orang liburan pada bulan lepas iaitu pada 31 ogos 2013 (ye hari merdeka..hancuss kan kami), kitaorang jarang hang out sama sama sekarang.. masing masing ada commitment kena paham orang busy sakan.. haha.. kalau dah plan tu mesti ada je yang tak jadi.. sebab tu jarang kitaorang plan.. biasanya last minute decision baru jadi.. hebat..

okeyh aktiviti kitaorang bermula bila farrah pagi pagi rajin sangat kejutkan suzi.. kalau nak terus call tak apa ni dia main misscall II pulak.. dengan rasa geram terus direct call dia.. then baru lah teringat dah berjanji nak pergi rumah razie.. okeyh thanks farrah.. then ajak fiah sekali.. janji nak bergerak pukul 11.30.. tapi apa kan daya semua anak melayu.. okeyh korang kali suzi yang lambat.. sebab dekat rumah tiada bekalan air.. what ?? rupa - rupanya seluruh selangor tak ada air.. punah harapan ku.. ada rezeki masa tu jiran merangkap auntie muda suzi yang baik hati nak bagi kita tumpang mandi.. thank you auntie muda <3

sedar tak sedar bersembang dengan autie muda macam setahun tak jumpa.. itulah kitaorang even rumah dekat tak sampai satu batu tapi nak jumpa punya berat.. tak hairan la kalau orang cakap kitaorang duduk dalam gua.. hahaha (teruk tak perangai).. okeyh balik dengan senyuman bahagia jumpa air, tengok phone sorang sorang call.. maafkan saya awak semua saya terlupa tengok jam masa tu, mana tak dorang macam cacing panas nak tahu tak masa tu dah pukul berapa 1 lebih.. haha.. cair mekap diorang.. 

dengan rushing nya bersiap then terus keluar ambik sorang sorang, sambil buat muka tak bersalah.. okeyh.. dengan lajunya memecut (laju ke korang ??mesti farrah dengan fiah cakap tak) ke rumah kawan yang dirindui.. haishh.. rasanya macam dah lama sangat tak berjumpa.. maaf lah ye razie status awak tak sama macam kami, tak berani nak ajak wife orang.. okeyh jumpa je terus razie ajak kitaorang makan, kebetulan masa tu ada majlis perkahwinan adik ipar dia.. so kitaorang layan jela.. kesian tengok muka razie masa tu.. penat mungkin..




ni gambar lama.. razie yang berbaju purple.. setahun sekali je dapat macam ni..

lepas makan kena la salam tuan rumah.. yeay dapat goodie bag dua.. (buat muka happy).. masa tu ingat nak terus balik tapi razie suruh singgah raya rumah dia.. raya tak habis lagi kan.. bila dah lama tak jumpa mesti banyak cerita yang nak dikongsikan.. ambik kau.. sambil makan kuih raya, habis la kuih raya rumah kau razie.. masa selalu mencemburui kita, kejap je dah dekat 4 lebih.. so kitaorang decide nak mulakan next activity.. macam biasa aktivity karaoke, saja nak merosakkan lagu..

dengan pakai baju kurung nya kita orang pergi karaoke.. dah macam warna traffic light tu kitaorang abaikan jee orang yang menandang dan mengusik do we care ?? haha.. memilih untuk buang masa selama dua jam disitu.. diorang melayan karaoke dengan best nya, suzi pulak melayan dengan lenanya.. (nampak tak beza dekat situ) teruk kan perangai suzi, mengantuk sebab tidur lewat malam tu count down la sangat.. tu la akibatnya.. bila diorang kejutkan dapat juga la layan kan jiwa masa tu..

lepas karaoke ada orang yang lapar la pulak.. so fiah decide nak makan steambot, so pilih yang terdekat flaming steambot (bukit kemuning).. okeyh masa tu jujur suzi kenyang sorry la tak dapat nak makan banyak.. hekhekhek.. thanks fiah belanja sampai malam pakej kenyang dia.. 
balik hantar mereka semua then masa untuk rest dan lelapkan mata.. huh.. berbaloi juga la penat bila dapat meet each other.. rindu tu sentiasa akan ada di hati kita selagi masa tidak memisahkan kita untuk selamanya.. kerana engkaulah sahabat daku ketika susah dan senang.. akan aku simpan di dalam setiap lipatan memori hidup ku.. <3 <3

sedikit sedutan kisah pada hari itu : 





yee.. kitaorang memang suka buat muka.. sama tak muka kitaorang.. fiah yang berbaju hijau.. fiah angkat tangan sikit.. dan abaikan muka suzi yang tak semenggah itu..


muka nak cover mengantuk.. kroh.. kroh..


ambik kau .. ambik kau..haha..

eeee... gerammm



Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 01:44
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

0 komen dari manusia comel:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
April Liyana stories
nama yang diberikan "suziliyana bt miswan".. most prefer korang panggil suzi.. i loves my friends.. suka berjimba II bersama mereka.. comment yang memberi inspirasi akan dilayan.. sekian terima kasih ..
View my complete profile

Facebook Badge

Suziliyana Suzy

Create Your Badge

check list -->

jd power puff gurl
kereta
barang idaman
bercutiII
business
[close]

Followers

nono



Thank You Clip Art
Copyright© All Rights Reserved aprilliyanastories.blogspot.com