-->

IT’S OUR JOURNEY OF LIFE

Wednesday, 14 June 2017

New Environment

 

assalammualaikum & selamat sejahtera
 semua,
 
 
Dah lama sangat tak mengupdate nya, mereput ditelan anai-anai siber dan hampir lupa password.. (ishh..ishh..) belum terlambat kut? nak ucapkan selamat berpuasa dan semoga semua orang dapat menjalani ibadat puasa kali ini penuh sabar dan tabah (cuaca tahun ni memang menggugat keimanan anak tekak..kikiki).. korang dah buat persiapan hari raya ke? beli apa yang perlu dan jangan membazir (pesanan penaja gitu), ok lah semua sebelum merepek lebih panjang so let's begin..
 
 
so nak dijadikan cerita after aku resign from TNLS, dapat kerja dekat area kota kemuning which is HLK, Alhamdulillah sangat even dalam masa beberapa minggu aku tanam anggur yang tak berbuah finally I got it and the best part is office hour seperti yang aku impikan.. kalau tak silap first kerja masa tu 01 September 2016 (kalau salah harap ampun), everything was fine masa awal-awal kerja tu, kawan-kawan yang paling best la sebab semua jenis ringan tulang bawak breakfast la (especially cekodok is the best part).. yang penting perut paling terhibur la dekat situ.. kerja pulak ok la and still follow the flow sampai la satu masa tu dah rasa sedih sensorang sebab buat salah kan, mungkin salah sendiri kut tak nak bertanya sangat, or kurang bimbingan dari pengawasan from leader sebab yang ajar pun kengkawan, diorang dah the best sebab anything memang akan tanya diorang.. diorang banyak tolong masa tu, terima kasih korang..
 
 
kalau salah pun still try solve the problem by myself also dari yang lain, again sebab barang tak keluar sedangkan stock ada.. masa tu rasa marah sangat sebab code of the item already change sebab colour yang diorang offer dekat customer dah habis, for me memang ada salah aku juga sebab tak update sale, but the worst part is sale menglabah bagi tahu leader kenapa tak ajar? kenapa? kenapa? (sebab diorang tak suka leader aku, so diorang ambik kesempatan nak kenakan leader aku).. dengan rasa bersalah aku minta maaf dekat dia (sebab dia sangat kind heart) sebab aku dia kena ambush.. sebenarnya benda boleh sattle, keluarkan barang tu hantar dekat customer dan tak perlu dibesar-besarkan (macam aku ni bodoh tak pernah handle benda macam tu).. masa tu aku menangis sebab aku rasa marah dekat diri aku susahkan orang lain, (like a drama queen, I know) then my leader datang pujuk and we hug each other sebab dia paham apa aku rasa, sebab dia pun selalu kena macam tu.. serious aku bangga dengan dia even orang buat dia teruk sangat, dia still kerja dekat situ until now.. (thanks gigi <3)
 
 
owhh ya sebenarnya aku dah hantar pun surat resign sebelum benda ni berlaku, my leader banyak kali pujuk suruh stay sebab dia tahu aku kerja macam mana, hati aku tawar gila tak setawar hati aku masa tinggalkan TNLS.. aku rasa company tu terlampau banyak orang nak jadi boss at the end yang susah staff yang biasa-biasa, kepada yang masih stay tu keep strong ya.. kenapa aku resign? sedangkan aku tak dapat kerja baru? salah tu, sebenarnya masa aku dah start tak ada perasaan nak kerja dekat situ aku selalu mengadu dengan Farrah nak apply kerja lain, ada satu hari ni kitaorang pusing-pusing punya pusing dapat la beberapa no company yang ada job vacancy, balik tu ada la dua ke tiga hari aku tak call pun.. sebab piker boleh dapat ke? macam aku dah give up la, aku search internet apply sana sini, sampai aku lupa pasal no company yang aku berpusing-pusing tu.. sebabkan petang tu aku menyampah dengan seorang sale ni, aku ambik no company tu aku ambik hp aku then keluar dari office.. aku letak surat resign on hujung bulan October, notis masa tu seminggu waktu bekerja (genap dua bulan)
 
 
aku pun call la satu persatu, diorang suruh sent resume, bila aku dah buat semua tu barulah tenang hati aku, kalau tak dapat pun atleast aku dah cuba.. so dalam beberapa hari aku dapat interview call, aku pun apply cuti dan attend interview..dah habis interview aku apa lagi pergi berhibur la, belum sempat pergi berhibur aku dapat satu call dan aku dah dapat kerja tu (mihmih).. gila tak happy? sebab sekarang kan zaman susah nak dapat kerja, aku berterima kasih sangat dekat TNLS sebabkan pengalaman kerja dekat sana la aku senang nak dapat kerja, tak sia-sia keringat yang aku kerah (Alhamdulillah)..
 
 
aku dapat kerja dekat KEJURUTERAAN POWERWELL as a store clerk cum data entry, semua nya okeyh setakat ni sebab company ni provide medical, bonus, kenaikan for every year.. tahun ni je dah berapa majlis makan-makan aku bedal (haha.. nampak sangat gelojoh dan baru semalam majlis iftar dekat bluewave) cuma aku kurang kawan-kawan berhibur, sebab banyak department kan.. ada kawan cuma kurang la nak bercakap selalu, sebab masing-masing focus dan busy.. itu jelah nak share nanti korang bosan pulak (kiki).. last year memang pecah record dalam masa setahun aku resign 2 kali, hope aku tak buat kerja gila lagi macam tu.. (aku kena menabung nak kawin katako, tipu je)
 
 
bye..bye..
 
 
 
 

Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 20:39 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 16 October 2016

The Date With The Girls



hey korang semua,

entry sebelum ni tak habis lagi cerita pasal resign, so nak sambung merapu balik la ni.. kadang-kadang kita kena lepaskan apa yang kita suka demi sesuatu yang lebih baik dikemudian harinya.. aku harap aku akan jumpa hari yang baik tu? sekarang masih sayup-sayup nak nampak cahaya tu.. praying for the best (huhu.. if Allah wills).. doakan saya dapat kerja yang much better yee semua.. terima kasih..


sebelum resign hari tu dapat gift dari iqa, thank you ika untuk shawl (my favourite colour gitew)+choclate in a box tu.. terima kasih juga untuk semua adik-adik juga kakak-kakak yang tahan dengan kerenah aku yang garang ni (masuk bakul angkat sendiri), sorry if kata-kata hakak ni menyakitkan hati korang.. hakak also learn from mistake, so korang pun mesti boleh.. kadang-kadang kalau termarah tu maaf lah tertekan dengan customer yang push kita je, elok dia push korang tanya so korang terkena tempias nya.. apa yang kitaorang tahu kalau boleh semua nak pindah kasi korang, tapi time sangat limited hanya mampu copy noted apa yang hakak paham.. yang mana kurang tu mintak halal la ya..cuba selagi mampu, lawan selagi boleh jangan bagi diorang terhibur tengok keadaan korang, sebab diorang mudah terhibur (hahaha, sendiri boleh paham la).. kalau nak cerita pasal benda ni memang tak kan habis selagi tampuknya tak pernah berubah..


-THE DATE WITH THE GIRLS-

so sambung cerita lepak again awal bulan hari tu, even dah habis dekat TN tapi relation as a friend still berjalan seperti biasa (hahaha), macam biasa keluar without any plan main redah je.. first thing of all mesti lah karaoke (SACC MALL), kali ni 3 jam sampai dah tak heran dekat mic, semua kata nyanyi je la habiskan masa yang ada, padahal hari tu bukan main tak cukup masa lagi (hadoii..) tengok muka memasing nak gelak sebab dah bosan dalam tu.. lepas membosan karaoke, mestilah menggisi ruang kosong dalam perut.. mula-mula tak tahu nak makan dekat mana, sampai lupa nak tengok movie.. 


so bagi memudahkan perjalanan kitaorang pergi summit usj, senang movie dan kedai makan yang banyak tak perlu pening-pening membuat keputusan (gituu..) berpandukan gps manusia saya (nida) akhirnya sampai juga.. jalan punya jalan again tujuan nak makan dengan movie hampir terlupa dengan tragedi selipar putus (kikiki) nida u should do something la? ada jee yang tak kena.. tengok jam dah almost 7 kut masa tu, terus lari cari panggung sebab ticket tak beli lagi, pusing-pusing punya pusing sampai pening jumpa juga.. tanpa berlenggah dan gelojoh terus beli ticket, sebab takut terlambat, sekali lagi tanpa tengok jam terus gelojoh beli makanan (rakus akibat lapar) last-last belum bukak lagi, hambar.. maka bertapa la kami memegang makanan lalu berdiri menunggu masa, penat juga la terconggok hampir 30 minit.. 


kenapa panggung wayang tak sediakan ruang menunggu tak perlu mewah-mewah just tempat duduk pun dah ok, barulah boleh bersila sambil mencekik (tu la tujuan).. dah nak habis makanan yang kitaorang pegang tu akhirnya lampu masuk menyala, dapat duduk nikmat nya oii.. ohh lupa pulak movie yang kitaorang tengok that day is "deep water horizon", cerita ni lebih kepada nilai kasih sayang dan sikap manusia (sedih..sobb..sobb..) tak dapat bayangkan kalau kita dalam situasi macam tu, doa yang baik-baik..


dah habis movie, marilah kita mencekik, jauh juga jalan nak keluar dari panggung ni memang berpusing-pusing (rasa macam nak terbang bagi cepat sampai).. boleh pulak terlepas old town punya la nak makan apa la yang diingatkan, patah balik dengan esclator tak function mau lencun.. nampak je old town muka terus excited, duduk terus order tak pandang kiri kanan dah sebab memang lapar (meranggkap lunch juga dinner).. sementara tunggu makanan sampai apa lagi bergambar la, sampai pekerja dekat situ tengok je.. makanan sampai terus membaham, tapi tak habis pun dah masuk angin agaknya?  borak la sampai tak sedar kedai dah nak tutup, hakak tengok muka adik waiter tu dah macam nak menghalau dah.. maap la kalau dah sembang memang tak reti nak berhenti, sambil jalan borak lagi..


sampai juga dekat parking hazab weyy, esclator tak function (think positive jela diaorang nak jimat electricity).. then time to send anak-anak orang balik rumah, first hani then nida, dah dua kali pun hakak failed lagi jalan nak pergi rumah korang.. sebab dah malam kut? last sekali wana.. terima kasih semua sebab ajak kita hang out, lagi-lagi orang tu yang tengah busy dengan majlis dia, owhh ye lupa thanks hani untuk yang awak letak dekat poket belakang bag saya.. 

sekian terima kasih..


p/s : lots of love 











Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 20:51 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 13 October 2016

Good Bye TNLS



hai korang semua,


 korang semua apa khabar? hope korang dalam keadaan yang baik.. dah lama rasanya aku tak membebel dekat blog, sebelum merapu dengan lebih panjang so let's check it out.. so untuk pengetahuan semua ku dah resign dari tiong nam logistics solution, aku dah buat keputusan yang muktamad, so this is the best way i choose.. maafkan saya yee kawan-kawan saya dah tak mampu nak teruskan lagi perjalanan dekat situ.. to many thing to handle, to many call to answer, to many cust account to handle, attend meeting, semua to many la, saya dah cuba sedaya upaya untuk bertahan tapi dah melebihi tahap kemampuan saya.. nak kata tak sayu, haruslah ada rasa tu, tempat jatuh bangun lagi dikenang (kata orang).. thanks for experience and knowledge that given to me.. menangis dekat hujung bucu katil, sob..sob..


orang lain resign, masa nak salam perpisahan tu menangis, tapi aku pulak macam tak ada apa yang terjadi cuma ada sikit jee rasa sebak.. or mungkin sebelum resign hari tu sempat keluar berjimba dengan diorang? aku pun konpius dengan perasaan aku.. okeyh kita tinggalkan cerita resign kejap, kita cerita pasal berjimba pulak la.. kitaorang berjimba hari sabtu (20/08/2016) lepas kerja, kesian diorang kena tunggu kitaorang sattle kan kerja sebelum berhibur, sebab sabtu tu je masa yang tinggal nak complete apa yang patut.. lepas siap je kerja, kitaorang decide nak karaoke dulu, memandangkan masing-masing kenyang lagi.. kitaorang karaoke dekat sacc mall, menyanyi sampai kembung perut, macam-macam gelagat kitaorang masa tu.. tengah syok karaoke, si nida nak pergi toilet boleh pulak dia hilang arah.. naik risau dibuatnya, padahal toilet tu punya lah dekat, kang hilang pulak anak orang? 


sampai la karaoke habis time dia punya hilang tu, lepas tu si nida ni teringin sangat nak makan dekat 'BASON', so kitaorang pergi lah, sampai-sampai dengan susah nak cari parking terus tuju BASON dengan muka teruja.. dah terpacak depan kedai tu nak cari tempat duduk, tempat duduk dekat bawah dah nak meletup dengan orang, so kitaorang decide nak duduk dekat atas.. tapi harapan tinggal kenangan jela, kena halang dengan waiters, tempat duduk dekat atas hanya untuk yang reserved sahaja.. so kitaorang punya la redha tunggu je dekat tepi kedai sampai ada tempat kosong, orang yang baru datang dapat tempat dulu, terus hati ni rasa nak marah.. tapi aku still tahan lagi, sampailah wana pun panas hati sekali, so kitaorang decide masuk plaza masalam.. sorry BASON bad service, atleast kau layan la kitaorang cakap tunggu kejap ke? ni kau buat kitaorang macam tak ada duit nak makan dekat situ.. ciss cake betul..


jalan dalam plaza masalam, jumpa chicken rice shop boleh la sebab dah lapar.. duduk terus order kau, rakus ke tak rakus? sempat lagi mengumpat BASON tak puas hati lagi tu.. makanan pun sampai dengan cepat service pun better.. makan punya makan sampai tersandar kau, sebab kekeyangan, teruk betul anak sapa la ni? mana tak kenyang sementara tunggu makanan sampai sempat lagi membaham kek secret yang nida beli masa dia tersesat tu.. thanks nida dan hani sebab belanja kitaorang kek,much love <3..


so after having our lunch merangkap dinner, kitaorang decide nak tengok wayang pulak, dekat one city skypark.. diorang nak tengok cerita "SADAKO VS KAYAKO", dah beli ticket merayap la naik sky park, again si nida hilang.. then masuk je panggung tengok berapa ketul je manusia yang ada, sekali bising pulak.. rasa nak marah dah, tapi layankan movie tu lagi bagus, cerita buat aku jadi penakut.. ciss betul, aku bantai pejam mata malas nak tengok.. cerita tu tak seram mana cuma bunyi dia menggerunkan.. hahaha.. aku siap tanya wana itu ini, sebab aku tak paham cerita akibat aku pejam mata.. mula-mula ingatkan habis wayang nak hantar asing-asing nida dengan hani, tak jadi weyh.. penangan SADAKO VS KAYAKO la ni.. 11 lebih juga lah sampai rumah memasing..


banyak kenangan dengan TNLS ni, seronok, sedih, geram, marah semua ada.. yang penting hati kena sado baru lah mampu nak bertahan lama.. 

p/s : good luck untuk yang masih bertahan, dont give up !!









Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 00:40 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 8 March 2016

Lepak - aktiviti bersama officemate


Hai korang semua,

bila mood datang nak update blog, semua benda nak di update nya.. so last month kiraorang pergi krusus perkahwinan (curlass kau), lama dah berhajat nak krusus kawin ni tapi ada je aral melintang, finally wana yang apply kan untuk kitaorang semua on 27 February & 28 February 2016.. aku tak pergi dengan yang tersayang ke apa ke ? pergi dengan kawan-kawan atleast tak lah borring petak sensorang kau dekat situ.. yang joint ofcourse la diri sendiri, wana, avida & asnida.. akhirnya kami berjaya menamatkan krusus perkahwinan dengan jayanya (yeayy dah boleh kawin dah)


27 February 2016
first day, rasa berdebor debor sebab nak biasakan dengan keadaan sebab ramai orang kata nanti kena soal? (kau ghase?).. so kitaorang duduk dekat tengah-tengah, barulah adil dan saksama (gitu).. pagi tu macam lapor diri dan membuat pembayaran, bayaran dikenakan sebanyak RM80.00, dan dapat breakfast (roti & air mineral).. then terus ke first slot, ustazah ni pun boleh tahan kelakornya.. then habis first slot ada break untuk bergerak luruskan urat-urat yang ada.. masuk second slot, mula la mata dah berat dan hampir melenakan diri ini.. namun kerana ustazah ni agak serious terbeliak biji mata hakak.. then lunch, macam biasa menternak lemak tak hengat then sambung slot seterusnya, ustaz ni memang kelakar gila..dan tutt sikit tapi bagi aku okeyh jee.. hilang sikit mengantuk hakak ni, rest time (tea break) dia bagi kuih & minum petang..then slot seterusnya borring again tapi masih boleh fokus sebab ustaz ni jenis kuat berjalan.. kalau dia nampak aku membuta mampuih la.. then bersurai dengan bahagia nya, nak tahu kenapa? sebab kaki dengan pun**** hakak dah keras gila.. malam tu bukan senang nak tidur sana sakit sini sakit, mungkin duduk berjam jam..


suci sangat muka hakak time ni..


28 February 2016
last day krusus kawin, hakak is tak zabar nak habiskan.. hari ni halfday jee, dapat lah hakak balik dan bersuka ria.. ish ish.. baru habis krusus kawin dah nak berhibur (syaiton sangat)..slot hari ni pun tak kurang menariknya.. tapi last slot pasal zakat memang hilang fokus dah sebab dah kebas-kebas semua anggota badan.. slot yang aku tak boleh nak fokus dekat depan pasal kesihatan, penceramah tunjuk gambar dan video ibu melahirkan anak (bergetar tulang kaki) yang lain okeyh je sebab penceramah very the open minded.. habis semua slot korang akan di bagi borang rate, dekat situ boleh la korang rate penceramah, urus setia, makanan dan lain-lain.. bak cadangan aku jujur sikit, aku tulis sediakan tempat duduk yang lebih selesa (kejam tak ?) untuk orang lain yang bakal menghadapi krusus nanti bertabahla.. farah ada bagi tahu nanti pun**** akan keras dan kebas tapi aku macam rileks la, aku pun duduk dekat office berjam-jam rileks jee, sekali aku dah berada dalam that situation nahh padan muka aku.. then its a balik time, sebelum balik korang akan dibekalkan lunch untuk dibawa balik.. tapi sapa nak makan dekat kantin boleh jee..



muka tak zabar nak balik..

kesimpulanya krusus kawin ni bagus la untuk kita belajar handle in future bukan untuk berumah tangga jee tapi dari segi emosi juga, makanan dia memang mewah la so tak payah risau pasal makan yee.. yang perlu kita bawak is fokus dan ilmu yang bakal digunakan in future.. mana yang belum pergi tu, pergi lah menarik (serious ni weyh)..


makin lama kitaorang semua makin rapat, even kadang-kadang stress dengan kerja gurau tetap gurau.. hari-hari memang tak lekang dari gelak ketawa, kadang-kadang aku rasa balik kerja aku penat gelak jelaa kut (hancuss).. so last week kitaorang berempat again pergi one city skypark nak tengok wayang (PREMIUM X) "MUNAFIK"..PREMIUM X ni seat dia memang selesa habis la, boleh la bersandar dengan tenang.. highly recomended..tak menyesal la tengok movie melayu yang macam ni, kalau tak asyik cerita orang kaya kawin dengan orang miskin, kawin kontrak laa.. jemu weyh jemu.. meremang bulu roma dengar ustaz dan syaitan tu berbahasa arab..


dapat pulak si wana menjerit, tanjat gurgurl.. habis movie kami pergi mencekik dekat old town, disebabkan hujan lebat tak jadi la nak balik awal, even naik kereta sekali pun.. sambil mencekik kami sempat la bergambor (tak sah kalau tak buat activity wajib), tapi masa kitaorang berposing-posing boleh pulak pekerja dekat situ dok tengok kitaorang.. tak selesa okeyh ? kami bukan retis pun, kami makan bayar pun bukan mintak duit awak cik bang dan cik kak oii.. ehhh stress lahh (baca dengan nada tinggi).. sembang punya sembang petang juga la baru kitaorang bergerak balik rumah masing-masing.. 

-till we meet again-

abaikan hakak yang acah-acah retiss tu




p/s : next time kita angkut semua pergi enjoy beramai-ramai yee.. kita kasi gegar pangung wayang dengan gelak ketawa or jeritan..

Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 00:52 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 7 March 2016

Short Vacay - Wedding Best Friends




Assalammualaikum & have a good day everyone

Rasanya dah lama sangat hakak tak update blog ni, bukan berulat jee tikus pun dah menggemuk (nampak tak? tragis nya tu..) just kidding.. hakak is busy attend wedding kawan baik also krusus kawin and also working king king.. so kita cerita pasal wedding dulu la yee, memandangkan belum lupa lagi apa yang dicerita kan.. maklumlah memori hakak is terhad semenjak kebelakangan ni (sadis)..


wedding date hasri (a.k.a uncle) & haslinah (eyna) on 06 February 2016 di Johor, memandangkan jauh juga perjalanan ni, lama juga la kitaorang plan perjalanan kitaorang ke johor sebelum bulan february lagi.. macam biasa la plan beramai - ramai tapi mesti ada yang tak dapat commit sebab masing-masing ada commitment sendiri.. kitaorang plan pergi 3 kereta tapi jadi 2 kereta jee.. dan akhirnya hanya 9 orang sahaja yang dapat menunaikan hajat perantin yang ingin melihat sahabat yang datang meraikan hari bahagia nya.. kitaorang dibahagikan kepada dua home stay sebab fiah and afdhil bawak family then kami juga bergerak waktu yang berbeza.. akibatnya home stay tu menjadi padang jarak padang terkukur, kerana homestay itu begitu besar sekali..


(04 February2016)
 kita tolak tepi pasal homestay dulu, kita cerita pasal perjalanan.. sepatutnya that day plan nak drive disebabkan tak ramai dan demi menjimatkan masa dan kos, kitaorang terpaksa kurangkan jumlah kenderaan..  plan asal nak bergerak pukul 9 tapi kali ni hakak yang melambatkan perjalanan, maafkan saya sebab merubah corak perjalanan malam tu.. then kitaorang berkumpul dekat starbuck tol sungai besi, jumpa terus pecut tak hengat.. ada rasa bersyukur juga la malam tu tak drive, kalau tak kompem tercicir nun hujung dunia rasanya (nampak tak kura-kuranya disitu) rasanya malam tu kitaorang berhenti dalam 3 kali je, paling lama dekat hentian pagoh.. masing-masing nak mencekik dan menternak lemak, lepas tu diorang bantai shoot tak hengat.. ingat bila tak bawak kereta dapat rest, makin segor biji mata adalah.. sebab seram nau diorang bawak kereta, kitaorang sampai dalam pukul 2.30 pagi.. ada la sesat juga nak ke tanah perkuburan, choyy boleh pulak hantar kitaorang pergi situ..


(05 February2016)
 memandangkan perantin akan bernikah awal pagi tu, sesampai je homestay tu terasa la macam orang kaya.. sebab homestay itu tersangat amatlah luas dan selesa, tanpa membuang masa kitaorang pun angkat barang dan pilih bilik dan rehat.. apabila kita bertemu dengan tidur memang semua susah nak berganjak, nasib hakak bangun awal pagi tu.. kengkonon nak mandi awal, akhirnya hambar toilet dikunci dari bilik sebelah (bilik kami share toilet) terpaksa la hakak menganggu tidur orang lain, no option dari semua terus terlajak.. kitaorang dekat surau dalam pukul 9, agak terkebil-kebil menahan mata.. tahniah uncle & eyna sah bergelar suami isteri, setelah selesai majlis akad nikah.. para tetamu dihidangkan majlis menjamu selera, memang marvelous habis nasi ayam tu, sempat la bersembang dengan perantin baru sambil mencekik..
 
selesai sesi beramah mesra kitaorang mintak mengundurkan diri, sebab hari jumaat kan? jejaka nak menunaikan solat jumaat.. petang tu kitaorang decide nak makan murtabak cheese yang menjadi kegilaan ramai bila datang ke negeri johor.. rasa sekali pasti nak lagi, rasa dia memang penuh dengan lemak cheese memang sedap.. selepas menternak lemak kitaorang decide pergi JPO (Johor Premium Outlet), i hanya window shopping sahaja sebab tak ada benda yang menarik perhatian.. JPO ni harga dia sama juga kut dengan semua tempat, collection pun tak baru sangat, tu apa yang hakak rasa lah.. tapi tak tahu lah bagi orang lain, setelah berjam jam menghabiskan masa disitu..

bertolak balik homestay nak luruskan dan rehatkan badan sebab malam tu nak pergi tengok perantin, tapi ada perubahan plan.. diorang decide nak pergi bazaar karat, rasa serba salah menyelebungi diri ini.. maafkan saya perantin sebab saya hanya menumpang, dan saya tak nak menyusahkan sesiapa pun.. so lepas singgah menternak lemak berdekatan dengan homestay kitaorang terus ke bazaar karat, penat oii nak berjalan dengan berkicap nya lagi.. tapi environment dia yang terbuka tu dapat la juga bernafas..again hakak tak beli apa-apa, sebab my kaki is sakit dan letih.. owhh ya otw nak ke bazaar karat ni, memang view dia cantik sangat.. meriahnya suasana johor di malam hari, serious kalau anak-anak kecil tengok mesti diorang akan tersenyum gembira..

then akibat kepenatan malam tu semua orang membuta dengan jayanya, that all for that night.. sleep well everyone..


(06 February2016)
hari yang ditunggu mana mana pengantin iaitu majlis resepsi mereka.. pagi tu semua orang just rehat dekat homestay sebelum pergi ke rumah perantin, then kitaorang pun bersiap.. sesampai rumah perantin jumpa family untuk salam salam, then menternak lelemak dengan jayanya.. masa tengah menjamu selera pengantin datang dengan rombongan motor besar (terkejut makk), yang paling best adat orang johor ni bila pengantin lelaki kena bayar tol.. first time la tengok, seronok la orang yang dapat duit tol, yang pengantin berkicap.. kiki.. selepas menjamu selera, sesi photog la pulek, mana boleh lupa benda paling penting dalam wedding (keji perangai kau).. lepas bergambar kami pun pulang dan pergi ke eon berdekatan nak membeli barang dapur, sebab nak makan bersama sama malam nanti..


perantin lelaki yang berkicap akibat terkena tol (haha)




kali ni hakak tershopping barang make up dan sehelai seluar (pancingan mengena), lama nak cari parking dekat eon ni, boleh longgar lutut kalau i yang bawak kerata ualls.. then akak melantak takoyaki dengan rakusnya sementara tunggu yang lain membeli belah.. bila diorang siap je kitaorang bergerak balik homestay nak rehat sementara nak menunggu waktu masak.. then petang tu yang wanita masak secara berjamaah, menu malam ni sayur masak lemak, ayam goreng & telur masin dari rumah perantin.. kitaorang menjamu selera sambil menonton running man, malam tu tidur awal yang tinggal lelaki berhuhuhaha secara berjamaah juga.. 


groceries.. macam sekeluarga yang berbelanja

penyakit orange.. tu yang sempat hakak grab

apabila semua wanita bersiap untuk memasak




 

(07 February2016)
its our last day here.. so memasing mengemas dengan jayanya, pagi tu sempat la breakfast beramai ramai sebelum bergerak balik.. menu pagi tu nasi goreng berapi, telur dadar & nugget goreng, setelah mencekik dan mengemas dapur semua orang bersiap sedia nak check out.. sebelum balik menjalankan tugas harian sempat singgah rumah perantin, ucapkan tahniah dan mintak maaf mana yang terkurang tu.. then terus bergerak pulang kerumah..







ohh ya sesiapa yang nak homestay best seperti diatas boleh la contact owner rumah ni, sangat peramah dan baik hati.. rumah serious tak menyesal (tiptop beb), bilik ada tiga ruang makan ada dua.. memang selesa..

 

-sekian tamat- 


 p/s : semoga kita lebihkan aktiviti bersama jangan sampai kita terlupa salah seorang diantara kita, cuba cari ruang dan masa even walau hanya untuk beberapa minit.. bukan mencari seribu alasan untuk mengelak daripada persahabatan yang terbina..








 







Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 03:20 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 30 December 2015

All About 2015



salam akhir tahun semua...

long time no see dengan blog ni, dah nak berulat dah (kalau makanan lah).. hope everything going well.. so, bagi memulakan cerita hakak ni ? ni nak tanya apa pencapaian korang sepanjang tahun 2015 (jawab dalam hati memasing yee, sebab tak dengaq apa korang tengah cakap tu hehe..) ke semua orang tengah sakan shopping memandangkan year end sale KAW KAW sekarang ni, dah grab apa yang korang idamkan ?? good luck.. bagi aku pulak nothing special cuma banyak learn about life as a orang dewasa (gitu)..


so sempena new year yang bakal menjelma tiba ni, mari kita rewind balik peristiwa sepanjang tahun 2015 ni.. kita mulakan dari side yang tak best dulu kut, sebab takut nanti ada yang murung sepanjang hari baca entry ni (mesti korang cakap dalam hati borring.. hahaha..keji nya perangai).. so lets continue, orang tua-tua dulu kata 'orang lama lebih makan garam dari orang muda' yee tahu memang mereka semamang nya patut kita hormati dan kita sepatutnya menjaga adab bila berhadapan dengan mereka.. tapi mereka juga ada salahnya, mungkin aku banyak buat salah dalam perhitungan tapi bak kata faizal tahir 'garam dulu bukan macam garam sekarang'.. 


so, boleh paham tak.. bukan niat nak berkasar tingkah laku mahupun bahasa, aku pun ada maruah juga.. benda simple yang engkau perbesarkan tu telah menusuk jantung hati aku, sedangkan engkau tak tahu hujung pangkal cerita.. engkau yang menghantar private message yang berbaur benci yang terpendam lama, sebaliknya aku tak membuat apa-apa serangan balas hanya diamkan diri.. lagi pun suara aku ni kecil nak dibandingkan dengan harta dan pangkat yang kau ada..anyway aku akan  kenang kata-kata kau sampai bila-bila, sebab manusia punya lidah lebih tajam daripada pisau..


okeyh abaikan saat emosional tadi, seterusnya tahun 2015 sangat menduga emosi aku serta keluarga.. bila mama kurang sihat dan di kejarkan hospital, saat tu hanya tuhan jee tahu betapa panik nya aku handle situasi panik.. bila tengok mama dalam keadaan macam tu hati aku remuk.. now keadaan mama dah stabil cuma tak seperti yang dulu.. mama yang kuat, yang selalu memberi galakan kepada kami untuk survive no matter jalan yang kitaorang pilih.. sekarang mama banyak diam, kalau dia sakit pun tak nak bagi tahu sebab tak nak kitaorang runsing kut..mungkin sekarang mama perlukan itu pulak dari kami.. (tears.. murung lagi) doakan mama aku untuk kuat dan survive apa yang dia rasa.. Insyaallah amin.. untuk abah juga yee..


 
kurang sorang.. akak aku balik kampung mertua dia


even dalam aku bersedih or emosi ni banyak juga benda yang sentiasa buat aku gelak dan senyum.. terima kasih untuk semua insan-insan yang berjaya buat aku gelak sampai nak pecah tekak also perut sebab officemate aku semuanya senget dan happening.. dalam sibuk bekerja sempat juga la bergosip pasal orang-orang yang tak kena ni such as boss kesayangan korang (cc : officemate aku) a.k.a ahh tann yang akan menambah dosa kita, nasib tak menambah pahala dia.. even baru jee berkenalan kita dah closed hope continue la hendak nya.. kalau kawin jangan lupa nak jemput aku ni weyh.. banyak yang dah tinggalkan kita (sob..sob.. nangis tu la sapa suruh dapat yang kuda kut) tak kan cerita jee ni nak bagi tunjuk sekeping dua gambaq yang mana kenan pm tepi siap-siap.. kiki.. sedih pulak tak lama lagi kita akan berpisah.. again and again..





khas untuk tyra yang kini melanjutkan pelajaran.. nah trade mark kita weyh.. rindu..rindu.. rindu tyra kak suzie lupa nak upload gambar tyra.. kena cakap rindu baru upload..

  

 tahun ni juga ramai kawan-kawan time college yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang semua tak kurang juga untuk peah sebab dah lahirkan baby yang sangat dedebot.. seronok berkenalan dengan korang semua even dah lama kenal korang tak lupa juga dekat aku ni.. hope akan berpanjangan sehingga pejam mata.. selalu la buat percutian biar aku boleh rileks dan tidur.. hahaha (motif sangat).. ni lagi satu jangan suka cicir aku dekat atas jalan raya aku bukan racer.. tak kesian dekat aku ke woii.. aku mana la tahu jalan kl korang boleh la.. huaaa (murung 5 hari), tapi selalu nya wan lah mangsa aku tunjuk arah dan jalan.. thanks wan dan ida.. sapa yang tak ada dalam gambar di bawah jangan murung nanti jumpa kita pekena selfie wefie (betul ke aku eja natang tu)


abaikan aku yang suka tidur dalma gambar


  tak lupa juga dekat orang yang selalu bagi aku kata semangat dan selalu ikutkan emosi aku ni (emosi tak stabil).. iaitu pak cik a.k.a (MH).. thanks sebab awak selalu ada untuk saya with love.. (geli aku baca balik) 


buat farra my darling sorry kalau aku selalu marah kau bila salah tunjuk arah.. tapi aku tak maksudkan nya ok.. kalau ada masalah jangan pendam.. cerita jee ok..aku ada untuk kau nyett.. (jangan marah yee)

 
last kata semoga 2015 memberi kita semua seribu erti kata kehidupan dan akan dijadikan pedoman untuk kita menjadi insan yang lebih baik di tahun 2016.. byee 2015 u will be in my memory ... love suzie..





Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 03:44 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 28 October 2015

vacay - pulau perhentian 19 & 20 April 2015



hai korang semua, 
 
kita janji ni last entry untuk Perhentian, sekarang baru lah ada sikit free time nak mengupdate blog (mengular sementara tak ada kerja).. okeyh sebelum lebih merepek mari kita sambung entry yang sebelum ni, keesokan hari nya kita bangun macam biasa masing- masing memang liat nak bangun pagi.. kalau tak ada jam lonceng yang berbunyi or bom rasanya semua pengsan lagi kut.. tapi pagi tu elok je suzie bangun awal, sebab dah dengar bunyi diorang yang nak tengok sunset.. tapi demi tak nak kacau orang nak ambik moment sweet dengan sunset diri ini memilih untuk pejamkan mata (ayat konon mintak simpati).. cuti kali ni banyak melepaskan peluang melihat alam semula jadi..


waktu breakfast sampai mata ni memang automatik terjaga, dah set siap-siap waktu breakfast dekat pulau ni.. maklumlah tak ada yang indah selain makanan dikala kelaparan.. nak cakap lapar sangat maggie dengan makanan ringan tak pulak berusik (confuse kita).. masing-masing bersiap untuk breakfast, oh yee lupa pulak pagi tu kitaorang dah kekurangan ahli, diorang bertolak balik sebab nak berjalan (kelebihan yang membawa kenderaan sendiri).. so lepas membedal breakfast pagi tu, kitaorang decide untuk ambik bot balik ke jeti pukul 11 (rasanya lah).. so semua berkemas barang masing-masing.. 


after pack barang masing-masing kitaorang lepak dekat cafe amelia, sambil tunggu ketibaan bot nak pergi ke jeti.. bila dah bosan kitaorang pun pergi jeti berlepas, hampir tepu tunggu bot sampai kitaorang bagi ikan makan.. it was a wonderful moment weyh, sangat colourfull rasa macam nak bawak balik sekor dua (haishh.. in my dreams).. masa tunggu bot tu call la orang yang conduct vacation ni, rasanya macam di sisihkan.. lama kitaorang tunggu bot, lepas tu macam nak tak nak layan kitaorang ni.. nasihatkan korang kalau nak vacation tu pilih la package yang best sebab tak nak menyesal, kalau boleh tak terlampau mahal tak terlampau murah, depends dekat bajet di poket..


akhirnya bot yang ditunggu dah sampai, aku agak so so masa naik bot ni, view memang best yang tak bestnya air tu masin, memang cukup rasa lah tak payah tambah penambah perasa.. rasa macam tak secure juga la, sebab laju dan melambung-lambung (bukan mail lambung yee) so far aku tak mabuk laut tapi aku rasa tak selesa je kut.. ralit juga la layan view, indah dunia yang kita tumpang berpijak ni.. akhirnya kitaorang sampai juga, bila turun je memasing grab barang dan teruskan berjalan..



lontar sekeping gambar lepas turun dari bot.. abaikan muka akak yang baru balik dari pasar malam itu.. all of us with love..  

sampai darat rasa macam dekat atas air, rasa bergoyang-goyang a.k.a bergelora (adakah itu normal ??) sampai-sampai dah rasa berlecak sana sini.. panas dengan terik sampai kulit rasa nak terbakar dah.. malam baru nak bas tapi kalau dah berlecak macam ni, tak selesa kawan.. kitaorang decide nak cari hotel or bilik untuk rehat sebelum naik bus, kalau tak ada bilik mau ada yang jadi mangsa rentung nanti.. sementara beberapa orang pergi survey, apa lagi duduk godek hp sebab masa dekat pulau tak dapat coverage nak call rumah pun susah apa lagi dapat call dari luar (sedih meratapi).. dapat lepas rindu dekat hp apa lagi khayal la, update sana sini (baru keluar pulau la katakan)..


tengah syok tetiba member call cakap dah dapat hotel, tanpa berlenggah kitaorang pun check in.. dah dapat check-in apa lagi berehat sekejap, dah puas rehat perut pulak berkeroncong ingat nak pergi makan.. tapi tak ada yang menawan selera, so kami decide untuk shopping ole-ole.. habis juga duit teman beli ole-ole untuk kome, nak pilih pun rasa tak selesa sebab berpeluh-peluh (panas habaq hang).. so akibat kepanasan kami pun bergerak balik ke hotel, tetiba ada satu pak cik ni cadangkan kitaorang beli keropok hasil penduduk setempat.. so pak cik tu caj kitaorang dengan harga yang berbaloi (harga jangan tanya serious hakak dah lupa dik oii) pak cik ni memang peramah lah.. sesampai je kitaorang dekat situ abang ni offer keropok lekor dengan air kelapa free u alls, we all apa lagi memang kena la dengan perut kosong masa tu..


memang sedap la keropok abang ni, fresh baru buat (bukan fresh ada semut yee ex classmate saya).. so tapau siap-siap bawak balik untuk family sebagai ole-ole lagi, masa beli memang tak ingat pulak yang beg bakal berat.. sesampai je hotel bukak dulu plastic keropok tu sebab masih panas, takut busuk kalau terus masuk dalam beg.. dah penat dah kenyang bantai tidur kejap,  dah petang keluar jalan cari makan memang dah lapar sangat.. so ada la satu kedai makan ni sufian kut nama kedai tu (sufian apa tak ingat) makanan dia sedap la, harga pun berbaloi dengan rasa.. kitaorang makan agak rushing sebab nak pack balik dah, takut tertinggal bus punya pasal.. 


kitaorang terpacak dekat bus station awal weyh (semangat dan tak zabar nak balik rumah).. dah nampak bus campak barang terus meluru duduk, oh yaa kitaorang balik naik bus mahligai cinta (haha.. saja menambah) tapi bus balik agak tak memuaskan hati baru nak lelap berhenti lelap lagi berhenti (ehh.. berapa banyak kali nak berhenti) bila dah jauh barulah dapat tidur lena.. banyak la juga yang terjadi masa nak balik ni, mula-mula cincin member hilang (jenuh mencari), lepas tu semua dah lena tidur tetiba dengar bunyi beda terjatuh dari tempat simpan barang dalam bus.. rupa-rupanya botol sos keropok jatuh habis mandi sos lan (dah boleh buat jenama), tapi bukan tu jee yan pulak kena dengan satu nenek ni, garang mok aihh kitaorang panggil nenek tu (nenek nora danish).. tak apalah dugaan bercuti yee, kena la banyak bersabar.. 


lepas tu sedar-sedar bus ni berhenti dekat satu perhentian, tapi tak tahu la apa ke namanya.. perhentian ni agak terpencil la, lepas berhenti bus teruskan perjalanan.. (bus ni bawak macam tengah racing dekat litar lumba weyh, seram hakak kaki dah macam tekan brek jee) terlelap juga akhirnya sedar-sedar dah sampai.. dengan mamai-mamai semua turun angkat barang masing-masing naik atas sementara tunggu transport, nasib adik kawan dah bertapa dekat depan gate.. punya nak rushing tak sempat nak say bye dekat semua, so walaupun dah terlambat nak cakap bye semua till we meet again in next vacation.. sampai rumah kemas beg tumbang tidur lagi, sebab tak sedap tidur dalam bus sakit leher..


-TAMAT-


 

Created Just For April Liyana Stories ^^

Posted by April Liyana stories at 02:49 0 komen dari manusia comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
April Liyana stories
nama yang diberikan "suziliyana bt miswan".. most prefer korang panggil suzi.. i loves my friends.. suka berjimba II bersama mereka.. comment yang memberi inspirasi akan dilayan.. sekian terima kasih ..
View my complete profile

Facebook Badge

Suziliyana Suzy

Create Your Badge

check list -->

jd power puff gurl
kereta
barang idaman
bercutiII
business
[close]

Followers

nono



Thank You Clip Art
Copyright© All Rights Reserved aprilliyanastories.blogspot.com